Dapat Wang

http://www.dapatwang.com/?id=powermoneymegat">http://www.teknikpower.com/index.php?ref=jebat" target="_blank">

Khamis, 21 April 2011

Tamadun Islam - Memelihara Harta Benda

Memelihara Harta Benda

Manusia mempunyai fitrah berkehendakkan kepada kekayaan dan kesenangan. Keadaan ini sesuai dengan Islam yang meng­galakkan seseorang Islam Ian' daripada kemiskinan. Ini kerana kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan-perbuatan yang melanggar batasan. Islam mem­benar dan menggalakkan seseorang itu mengumpulkan seba­nyak mungkin harta kekayaan dengan cara yang dihalalkan oleh syariat, syarak dan akhlak Islam. Namun begitu satu peringatan diberikan oleh Allah kepada mereka yang mempu­nyai harta dan kekayaan supaya tidak melakukan perbuatan­perbuatan yang menimbulkan bencana kepada din' sendiri dan orang lain. Ini kerana apabila seseorang itu mempunyai harta, kekayaan dan kuasa la lupa daratan dan sanggup melakukan di luar batasan kemanusiaan dan sanggup mengaku sebagai tuhan seperti Qarun dan Firaun. Kebenaran untuk mengumpul harta dan peringatan Allah supaya tidak lupa daratan apabila sudah kaya clan berkuasa, dijelaskan oleh Allah seperti firman­Nya yang bermaksud:

” Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada engkau (kese­lamatan) kampung akhirat, jangan engkau lupakan bahagian engkau di dunia ini, buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat ke­baikan kepada engkau dan janganlah engkau membuat bencana di muka bumi; sesungguhnya Allah tiada mencintai orang-orang yang membuat bencana.”                                                                          (Al-Qashash: ayat 77)

      Islam menganggap harta kekayaan serta anak-anak sebagai dugaan dan percubaan daripada Allah Taala kepada manusia. Harta kekayaan dan anak-anak dapat menentukan seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah atau sebaliknya. Harta kekayaan dan anak-anak merupakan amanah yang dipertang­gungjawabkan oleh Allah kepada manusia semasa hidup di muka bumi. Apabila di akhirat kelak, Allah Taala akan ber­tanya setiap manusia mengenai amanah tersebut. Antara per­soalan yang dikemukakan oleh Allah Taala seperti; bagaimana cara harta kekayaan itu diperolehi, cara digunakan, apakah barang yang diperdagangkan dan sebagainya. Manusia yang amanah dan bertanggungjawab, merupakan manusia yang beruntung dan berjaya mendapat pahala yang besar dalam per­cubaan tersebut. Allah Taala telah menegaskan bahawa harta benda dan anak-anak merupakan dugaan kepada manusia se­perti yang dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
” Harta benda dan anak-anakmu hanyalah menjadi ujian. Dan di sisi Allah ada pahala yang besar.”                                                                                    (At-Taghabun: ayat 15)

      Namun begitu kebanyakan manusia telah gagal di dalam ujian dan dugaan oleh Allah. Apabila manusia diberi oleh Allah harta benda dan kekayaan, manusia bertukar sikap men­jadi alpa, angkuh, sombong, kikir, melupai tanggungjawab dan berbagai-bagai perbuatan mungkar. Qarun dan Firaun merupakan antara mereka yang telah Allah Taala anugerahkan harta benda yang bertimbun-timbun banyaknya tetapi telah bertukar sikap seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud:

” Qarun menjawab: kekayaan yang diberikan kepadaku hanyalah ke­rana pengetahuanku. Tiadalah dia (Qarun) mengetahui, bahawa sebelumnya Allah telah membinasakan umat yang lebih besar kekuatannya dan lebih banyak (kekayaan) yang dikumpulkannya. Dan orang-orang yang berdosa itu tiada perlu ditanya lagi tentang
dosanya.”                                                                                          (Al-Qashash: ayat 78)

”....Dan Firaun memaklumkan kepada kaumnya, katanya: Hai kaumku! Bukankah Kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan sungai­-sungai ini mengalir di bawah tempatku? Tidakkah kamu perhati­kan?”                                                               (Az-Zukhruf ayat 51)

      Pemilikan harta benda dan kekayaan telah digalakkan dan dibenarkan oleh Islam. Namun begitu selaras dengan konsep Islam yang mengutamakan kesejahteraan umat keseluruhan­nya, setiap perbuatan adalah ibadat dan sebagai ujian Allah Taala telah mewajibkan kepada mereka yang berharta menge­luarkan sedikit daripada hartanya sebagai zakat. Seterusnya Allah Taala juga menggalakkan umatnya bersedekah dengan harta kekayaan tersebut. Islam telah mengutamakan kesela­matan harta benda yang menjadi hak milik mutlak yang dihalalkan kepada setiap orang di dunia ini. Antara jaminan keselamatan tersebut, Allah Taala melarang keras seseorang itu melakukan sebarang bentuk tingkah laku yang boleh meng­gugat keselamatan harta benda berkenaan. Beberapa peraturan dan hukum telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan harta benda supaya tidak diganggu gugat oleh orang lain. Antara tingkah laku yang menganggu keselamatan harta benda seperti mencuri, merompak, berjudi, riba, mengurangkan timbangan dan sukatan, menipu, memakan harta orang lain dengan cara yang tidak halal dan sebagainya. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menegah manusia mengganggu keselamatan harta benda orang lain, antaranya yang bermaksud:

” Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, melainkan dengan cara yang paling baik, sampai dia dewasa. ..”                                                                              (Al-Isra: ayat 34)

” Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta se­sama kamu dengan jalan yang salah, melainkan dengan perniagaan di atas suka rela satu sama lain, ... .”                                                                                                (An-Nisaa: ayat 29)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan