Dapat Wang

http://www.dapatwang.com/?id=powermoneymegat">http://www.teknikpower.com/index.php?ref=jebat" target="_blank">

Khamis, 21 April 2011

Tamadun Islam - Memelihara Maruah Dan Keturunan

Memelihara Maruah dan Keturunan

Allah Taala telah mencipta manusia dan meletakkan taraf manusia lebih tinggi clan mulia berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi. Manusia dilantik menjadi sebagai khalifah di dunia ini: Mengikut Harun Din (1991), bahawa Allah Taala telah menjadikan Adam a.s. dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya. Ditempatkan di dalam syurga sejak dijadikan sebagai suatu penghormatan. Diberi anugerah tertinggi dengan melantiknya menjadi khalifah di bumi sebagai suatu sanjungan. Dikurniakan layanan istimewa kepada anak cucu Adam di darat atau di mana sahaja sebagai suatu kemuliaan. Dilebihkan mereka dengan berbagai-bagai kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi. Keadaan ini seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

”Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat: Aku menempat­kan khalifah di muka bumi. Kata malaikat: mengapa Engkau menempatkan di muka bumi orang yang akan membuat bencana di situ dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan (memuliakan) Engkau...”                                        (Al-Baqarah: ayat 30)

”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam rupa yang amat baik.”
                                                                                                                     (At-Tin:'Ayat 4)
     Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik; roh, jasad, akal, istiqamah dan segala yang wujud pada din' manusia yang memungkinkan manusia menjadi khalifah di dunia. Berdasarkan kepada kelebihan itu, manusia wajib menjaga dan memelihara keturunan mereka agar keistime­waan dan kurniaan tersebut tidak tercemar dan ternoda. Keis­timewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh manusia seharus­nya dipertanggungjawabkan supaya harga din dan maruah mereka dijaga dan dikawal. Sesiapa pun tidak boleh menodai dan menurunkan taraf manusia ke lembah yang hina. Sekira­nya kehormatan dan kurniaan itu tidak dijaga dan dihargai maka manusia turun taraf dan kedudukannya lebih rendah daripada makhluk Allah yang lain. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud:

”Kemudian, Kami bawa ke tempat yang paling rendah. Selain dari orang-orang yang beriman dan menge jakan perbuatan baik. Mereka akan memperoleh pahala yang tiada putus-putusnya.”                                                                                       (At-Tin: ayat 5-6)
     
      Allah Taala telah mengurniakan akal dan petunjuk dari­pada-Nya yang diutuskan melalui nabi-nabi clan rasul-Nya serta kitab-kitab-Nya. Allah Taala telah mengutuskan agama Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w. dengan tujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman kehidupan manusia di muka bumi. Keselamatan clan ketenteraman ini termasuklah dari segi kejiwaan, kepuasan seks clan menjaga kehormatan diri. Sehubungan itu agama Islam telah menetapkan panduan yang lengkap mengenai perhubungan suami isteri. Perhubungan itu termasuklah tatacara untuk melepaskan kepuasan naluri seks mengikut saluran yang dihalalkan oleh Islam dan meng­hindarkan yang tidak diingini. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyentuh mengenai perhubungan suami isteri bagi menjaga keturunan dan maruah manusia. Antaranya yang bermaksud:

” Isteri-isteri kamu adalah pakaian bagimu dan kamu pakaian bagi mereka.”
                                                                                                         (Al-Baqarah: ayat 187)
“ Perempuan perempuan itu ladang kamu, maka datangilah ladangmu itu sebagaimana kamu kehendaki dan ke~akanlah untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguh kamu akan bertemu Allah dan bergembiralah (Muhammad) orang-orang Mukmin.”                                                                     (Surah al-Baqarah: ayat 223)

      Ab. Alim Abdul Rahim (1994), menyatakan umat Islam diberi kebebasan untuk mengadakan perhubungan seks de­ngan isteri. Gaya dan cara melakukan persetubuhan tidak dibataskan sama ada dari bahagian belakang atau hadapan tetapi diarahkan kepada faraj. Islam telah menegahkan umatnya melakukan persetubuhan yang diarahkan ke tempat lain. Islam juga melarang umatnya melakukan perzinaan (persetubuhan tanpa ikatan perkahwinan), homoseks, melalui dubur, dengan binatang dan lain-lain perlakuan seks yang bilazim. Banyak ayat al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menyentuh larangan tersebut. Antaranya yang bermaksud:

“ Dan janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhnya perzinaan itu suatu perbuatan yang keji clan jalan yang salah.”                                                               (Al-Isra: ayat 32)

“ Dan (ingatlah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, sedang kamu mengerti? Mengapa kamu melepaskan syahwatmu kepada laki-laki, bukan perem­puan?.Bahkan kamu adalah kaum yang bodoh.”
                                                                                                         (An-Naml: ayat 54-55)
“..... dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan yang keji, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaks ikannya). Kemudian apabila telah memberi persaksiannya maka kurunglah mereka (wanita) di dalam rumah, sampai mereka menemui ajalnya atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya.”
                                                                                                                (An-Nisa: ayat 15)
“ Jangan kamu setubuhi isterimu di duburnya.”
                                                      (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

     Kenapakah perzinaan dan sebarang bentuk perlakuan seks yang bilazim dilarang di dalam Islam? Mengikut Ab. Alim Abdul Rahim (1994), perbuatan ini dapat menghancurkan nasab keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan ru­mah tangga, meretakkan perhubungan, masalah sosial, menyebarkan penyakit-penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Begitu juga penjelasan oleh Mustafa Haji Daud (1991), akibat daripada kegilaan seks telah menyebab­kan keruntuhan moral dan kemusnahan sistem keturunan, kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan penggu­guran anak yang masih berada di dalam kandungan telah menjadi satu adat resam yang dapat diperoleh di mana-mana sahaja pada hari mi. Sejarah telah membuktikan bahawa kemusnahan dan kehancuran sesuatu tamadun manusia di
dunia ini dan dahulu hingga masa kini adalah berpunca dari­pada tidak terkawalnya kebuasan seks.

      Perzinaan telah diharamkan dalam Islam begitu juga perbuat­an-perbuatan yang membolehkan berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan. Islam tidak membenarkan umatnya berkhalwat kerana perbuatan ini boleh menyebabkan berlakunya perlakuan yang lebih berat iaitu perzinaan. Jelaslah bahawa pengharaman perzinaan itu tertutup rapat sehingga kepada Plan yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan yang diharamkan dan membuka pintu fitnah balk oleh lelaki atau perempuan. Islam telah menetapkan dua jenis hukuman kepada penzina. Jika penzina itu sudah berkahwin, hukumannya ialah rejam sampai mati dan jika penzina itu belum berkahwin hukumannya sebat sebanyak 100 kali. Hukuman bagi penzina dijelaskan dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nur: ayat 1-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan