Dapat Wang

http://www.dapatwang.com/?id=powermoneymegat">http://www.teknikpower.com/index.php?ref=jebat" target="_blank">

Sabtu, 23 April 2011

Seni Kata Lagu KBSR Tahun 3

JONG JONG INAI

Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki

Semangkuk jeluk sepinggan dadar
Tak cukup pulut tambah nasi dagang
Semangkuk jeluk sepinggan dadar
Tak cukup pulut tambah nasi dagang
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali

KE SEKOLAH

Ting, ting, ting, Bunyi pukul enam
Hari mula terang
Kubangun terus siap sedia,akan ke sekolah

Kupakai baju yang bersih, kemas sekali
Berjalan berkawan-kawan, riangnya hati

Kuminta izin ayah dan ibu, pergi ke sekolah
Ingin menjadi orang berguna, membela bangsa


-1-
HADIAH HARI LAHIR

Alngkah gembira hatiku
Menyambut hari lahirku
Ayah hadiahkan padaku
Sepasang sepatu baru

Ke sekolah aku menuju
Dengan sepatu yang baru
Akan kujaga setiap waktu
Hadiah hari lahirku

AYAM DAN MUSANG

Ibu ayam dikejar musang ( kiok,kiok,kiok,kiok )
Anak ayam cari ibunya ( ciap,ciap,ciap,ciap )
Ibu ayam berlari, terus lari
Dan ditangkap musang

Anak ayam mencari, terus cari
Ibunya yang hilang
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan
Aduh kasihan, aduh kasihan






BURUNG DAN SUASANA

Pagi dah menjelma, bersinar suria
Hari pun terang
Burung-burung pula, terbang sini sana
Menyanyi ria

Bila hari petang, burung-burung pulang
Masuklah ke sarang
Hari mulai kelam, suria terbenam
Hari pun malam.

MAIN LAYANG-LAYANG

Mari kawan-kawan, kita pergi ke padang
Ayuh kita bermain, dengan kawan-kawan

Main laying-layang, main sampai petang
Lihat layangku terbang, hati rasa girang

Mari kawan-kawan, kita pergi ke padang
Ayuh kita bermain, dengan kawan-kawan

Terbang laying terbang, tinggi mencapai awan
Sayup bila dipandang, cantik berkilau




-2-
BERDAYUNG SAMPAN

Marilah kawan-kawanku semua
Sama-sama berdayung
Sambil berdayung kita bergembira
Menyanyi sama-sama

Dayung-dayung sampan lajulah laju
Menuju ke seberang
Sambil mengharung ombak dan gelombang
Kita bersama riang

ANAK ITIK TOK WI

Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang

Ubat apa Tok Wi
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sengal tulang







SUNGAI

Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya
Sungguh indah dipandang mata

Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti

Masa juga kan berlalu
Tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka

IBUKU SAYANG

Ibu yang kusayang, tempatku bermanja
Jasamu kukenang, hingga akhir masa

Ibu mendidikku, dengan penuh mesra
Jasamu berikan, kusanjung kupuja

Ku berjanji setia, mengikut kata-kata
Apa yang terjadi, tetap kuhadapi


-3-
BURUNG-BURUNG
Kasihan kau burung
Mangapa engkau dikurung
Terbanglah bebas di awan
Bermain berkawan-kawan

Wahai burun-burung
Penghibur hati yang rawan
Menyanyi bersiul-siul
Berkejaran dalam taman

HARI NAK HUJAN
Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya, hari nak hujan
Kilat menyambung, guruh berdentum
Itu tandanya, hari nak hujan
Hujan pun turun membasah bumi
Penghuni alam rasa bersyukur

MEMANCING IKAN

Pakcik suka pergi memancing ikan
Pancing dari pagi hingga ke petang
Dibawanya bekal bersama umpan
Banyak dapat ikan hatinya senang

Pakcik balik rumah bila dah petang
Ikan pun digoreng dimasak pindang
Ajak kawan-kawan jiran tetangga
Pakcik sekeluarga makan besama
JAMBATAN TAMPARULI

Tadau kotolu, ontok tadau do tamu
Pamanau aku po nogi, kuminaa id Tamparuli
Pak pak ka tuni, tuni do kasut tinggi
Sumunsui dilo jambatan, Jambatan Tamparuli
Araat nasib ku, naratu oh kasut ku
Sutakin ku pod dii nolu, ontok pamanau oku
Nunu ka pod dii, nousuk ku posorili
Tamu hilo Tamparuli, mogihum do kasut tinggi


TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Di hari rabu, aku pergi ke tamu
Pergi tamu Tamparuli, ramai berjual beli
Pak pak berbunyi, kasut bertumut tinggi
Berjalan senangnya hati, Jambatan Tamparuli
Malang nasibku, kasut sudah terjatuh
Tinggal saja sarung kaki, ku jalan susah hati
Buat apa lagi, pergi ke sana sini
Masuk tamu Tamparuli, mencari kasut tinggi







-4-
SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Dengarlah suatu cerita
Sang Kancil dengan buaya
Sang Kancil jalanlah berjalan
Sampai di tepi sungai

Nampaklah di seberang sana
Banyak pohon buahan
Segala buaya yang ada
Beratur sampai sana

Sang Kancil pun melompat-lompat
Mengira dengan cepat
Satu, dua, tiga dan empat
Ia sampai ke darat

TAMAN NEGARA

Tiga neg’ri turut bersama
Pembinaan taman Negara
Kelantan, Terengganu dan Pahang
Taman hutannya luas terbentang

Harimau singa yang perkasa
Gajah kuatnya tak terhingga
Unggas-unggas serta serangga
Bersama-sama hidup di rimba

*  neg’ri – negeri
WAU BULAN

E wau bulan, e wau bulan
E wau bulan teraju tiga

E wau bulan, e wau bulan
E wau bulan teraju tiga

Ini malam, sama –sama
Sama-sama bersukaria

Ini malam, sama –sama
Sama-sama bersukaria

TARI LENGGANG

Lenggang kanan, lenggang kiri, kita menari
Lenggok kanan, lenggok kiri, terus menari
Kita jagakita pupuk budaya asli
Bertepuk tangan, menari menghibur hati

ARE YOU SLEEPING?

Are you sleeping? Are you sleeping?
Brother John, Brother John
Morning bells are ringing, morning bells are ringing
Ding Dong Bell, Ding Dong Bell


-5-
PENGAKAP MUDA

Saya menjadi pengakap muda
Patuh kepada undangnya
Cekal dan tabah hati
Jujur dipercayai, sedia berbakti

Kasih kepada binatang semua
Berguna kepada bangsa
Tidak kira siapa
Semua bersaudara, sedia menolong

RENTAP

Biar mati bergalang tanah
Demi Sarawak tempat tumpah darah
Menentang penjajag tidak kepalang
Terus berentap pahlawan parang hilang
Menentang penjajah tidak kepalang
Terus berentap pahlawan parang hilang

Bangkitlah Rentap wira Skrang
Lambang semangat Anak Kenyalang
Di Bukit Sadok kubu dibina
Bergadai nyawa demi nusa
Di Bukit Sadok kubu dibina
Bergadai nyawa demi nusa



OH MALAYSIA

Oh Malaysia, oh Malaysia, Negaraku tercinta
Aman makmur sentiasa, indahnya neg’ri kita
Rakyatnya berbilang bangsa, cita-cita serupa
Rukunegara kita, asas hidup sejaht’ra

Marilah kawan-kawan bersama, kekalkan perpaduan
Bersatu teguh bercerai roboh, kita amal bersama
Kita bela kita bina, bergerak kita maju
Semoga hidup kita, bahagia selalu

AZAM KITA

Wahai teman semua
Kuatkan azam kita
Rajinlah belajar sentiasa berusaha
Untuk mencapai cita

Mari ikrar bersama
Janji sumpah setia
Pabila dewasa kita kan berjasa
Pada nusa dan bangsa






-6-
BUDI BAHASA

Budi bahasa mulia
Sopan santun dijaga
Awasilah berkata
Hormat sentiasa

Jangan meninggikan diri
Sifat yang terkeji
Rakan semua lari
Dirimu kan rugi

SENJA MENJELANG

Bila senja menjelang
Burung pun terbang pulang
Mancari-cari sarang
Di dahan pohon ara

Matahari terbenam
Cahaya mula hilang
Terasa segarudara
Menanti senja menjelang







ANAK AYAM

Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Mati seekor, mati seekor tinggal sembilan
Mari belajar, mari belajar bersunggug-sungguh
Supaya kita, supaya kita tak ketinggalan

Anaklah ayam, anak ayam turun sembilan
Mati seekor, mati seekor disambar helang
Kalaulah kita, kalau kita dah ketinggalan
Ilmu tak ada, ilmu tak ada kawan pun kurang


HIDUP BERBAKTI

Hidup yang berbakti, cita-cita suci
Amalan yang mulia, teguhkan negara
Wahai rakan semua, sambutlah seruan
Berbaktilah kepada negara

Negara Malaysia, tanah tumpah darah
Berbilanglah kaum, juga bangsa
Mari kita semua, bersatulah padu
Jauhkan sengketa, hidup bahagia





-7-
KERJA BAPAKU

Bapaku seorang guru
Balik ke rumah pukul satu
Waktu petang periksa buku
Bila malam mengajarku

Bapaku seorang tani
Pergi ke kebun waktu pagi
Penat lelah tidak terperi
Cari makan untuk kami

Bapaku seorang doctor
Tugasnya berat setiap masa
Sungguh taat dan berjasa
Orang sakit jumpa dia

NASI LEMAK

Nasi lemak nasi lemak
Mari makan nasi lemak
Kita makan waktu pagi
Tidak lapar siang hari

Ada lauk sambal tumis
Kalau pedas jangan nangis
Mari lekas adik manis
Kalau lambat nanti habis


NASIHAT ORANG TUA

Nasihat ‘rang tua
Jagalah tutur kata
Curang tamak dan dengki
Jangan simpan di hati

Nasihat ‘rang tua
Buat baik berpada
Jahat jangan sekali
Barulah disegani

NASIHATKU

Wahai rakanku semua
Yang jauh dan dekat
Ingatlah nasihat guru
Yang sangat berguna

Janganlah main waktu belajar
Dengarlah apa kata guru
Buatlah apa guru suruh
Tuntutlah ilmu





-8-
ROW YOUR BOAT

Row row row your boat,
Gently down the stream
Merrily merrily merrily merrily
Life is but a dream

HANG TUAH

Lahirlah seorang putra perkasa
Hang Tuah namanya diberi
Anak bertuah kesanyangan bonda
Nama bonda Dang Merduwati

Banyaklah jasa kepada Negara
Taat setia titah dijunjung
Masyhurlah Melaka merata-rata
Ramai pedagang datang berkunjung

BUAH TEMPATAN

Durian, manggis dan rambutan
Menjadi kegemaran
Berbagai bentuk buah-buahan
Buah-buahan tempatan

Mari kawan-kawan semua
Pergi ke dusun saya
Cubalah rasa buah tempatan
Lazat jadi ingatan
AKU DAN LABAH-LABAH

Kuterpandang labah-labah
Gigih membuat sarangnya
Tidak pernah putus asa
Walau angin membinasa
Jejariku genggam erat

Dengan tekad dan semangat
Ingin terus berus’ha
Sehingga Berjaya
Umpama labah-labah
Membuat sarangnya

AKAN KU BALAS JASA

Bila aku telah dewasa
Aku akan membalas jasa
Ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa
Mendidik ku hingga sempurna
Ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa
Mendidik ku hingga sempurna

3 ulasan:

  1. Terima Kasih...... ini sangat membantu. Susah nak cari lagu tahun 3 KBSR di internet. Kat mana boleh cari irama lagu lagu ini pula?

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=FyHlFrQmcAk

    BalasPadam
  3. eh, senang je, tahun 4, 5 ,6 yang kureng lagu. http://btpnswk.edu.my/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=79&Itemid=68

    BalasPadam